Pages

08 December 2011

Keadaan Terkini Di Syria



Assalamualaikum wbt...

Pada Hari Selasa 6 Disember 2011 di Dewan Banquet Universiti Putra Malaysia (UPM) saya telah menghadirkan diri ke Perkongsian Antarabangsa 'REVOLUSI SYRIA' anjuran IKRAM SELANGOR, NEGERI SEMBILAN & MELAKA yang telah disampaikan oleh jemputan khas Al Syeikh Dr Khaled Hasan Hindawi (pembantu khas oleh Yusuf Qardhawi) dan diterjemahkan oleh Ustaz Muhaimin. 

Di sini saya ingin menceritakan input yang saya dapat daripada perkongsian tersebut. Syeikh Dr Khaled Hasan Hindawi telah dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi kerana ingin menceritakan gambaran sebenar keadaan SYRIA. Pasti ramai yang tertanya, APA YANG DAH BERLAKU DI SYRIA SEBENARNYA? KENAPA DENGAN SYRIA? MACAMANA BOLEH TERCETUSNYA REVOLUSI DI SYRIA? Jadi, ini adalah salah satu sebab kenapa beliau telah dihantar oleh Syeikh Yusuf Qardhawi ke negara2 ISLAM seperti INDONESIA, MALAYSIA dll. Sebenarnya keadaan yang berlaku di SYRIA yang kita baca di akhbar dan di televisyen telah diputarbelikan faktanya oleh media-media barat. Seperti yang diceritakan oleh Syeikh Dr Khaled janganlah kita terpedaya dengan keyataan-kenyataan dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.




Punca Revolusi.
Tercetusnya revolusi syria apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berevolusi.
Mengetahui perihal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini.Mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka . Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak-kanak  yang lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana sekiranya mereka inginkan anak meraka kembali mereka perlu berikan isteri mereka kepada kami dan kami bole berikan anak yang kamu inginkan (dengan kata lain merogol isteri mereka). Dan pihak Rejim Basyar Asad minta mereka melupakan kanak-kanak itu dan anggap sahaja kanak-kanak itu tidak wujud dalam hidup mereka. Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan. Lantas tercetuslah revolusi di Syria.





Rakyat Marah.
  • Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.
  • Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
  • Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
  • Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
  • Rakyat Mahu Presiden Dihukum. Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.

Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)
  • Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.
  • 39000 orang telah cedera. Mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
  • Membunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
  • 9000 tahanan ditahan.
  • 413 orang telah syahid didalam penjara.
  • Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
  • Seorang ukhti, bernama ZAINAB AL-HUSNI, telah ditangkap dan dia diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Beliau melawan, akhirnya terbunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. SANGAT KEJAM!!!
  • Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
  • Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad.(dalam video tersebut disiarkan bagaimana lelaki itu disepak, diterajang, di tumbuk supaya menyebut LA ILAHAILLA BASYAR ASAD, tetapi lelaki tersebut tetap menyebut LA ILAHAILLAH)

Berita Baik.
  1. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri. 
  2. Pertubuhan-pertubuhan Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai-pegawai Syria untuk memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu IRAN dan LUBNAN.
  3. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini (mempertahankan diri apabila diserang,membela nasib keluarga) adalah seorang yang SYAHID.
  4. 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.


MAKLUMAT TAMBAHAN:-


  • Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni..84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri dari 3 keluarga besar, 6% dari posisi tersebut pula drpd kaum ajam dan 10% lagi dari golongan kuffar. Tiada posisi bg ahli sunnah wal jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat-rakyat sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang israel pun tidak ditumpahkan darah.

  • Kita banyak tak tahu tentang isu Syria selama ni sebab media telah dikawal oleh pihak rejim. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki syria utk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para demonstran yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan dari mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Asad dengan harga 100 dolar.

  • Dimaklumkan juga sekiranya ada pihak media yang membuat liputan dan menyebarkannya di media massa, mereka akan dicungkil biji matanya dan diseksa.





nota: Marilah sama-sama kita mendoakan untuk saudara-saudara kita di sana. Rejim Basyar Asad hanya minority sahaja..Insyallah jika kita bersatu mereka akan jatuh dan mendapat balasan daripadaNya.

p/s: marilah sama-sama kita sebarkan maklumat ini kepada semua orang demi membela dan mempertahankan maruah agama

No comments: